Selamat Datang Ke Dunia Adiaz

Selamat Datang Ke Dunia Adiaz

Saturday 19 February 2011

Aktiviti Merayap dan Meluncur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Hari ini hari yang paling seronok kerana aku dan kwn2 telah membuat satu aktiviti yang kira separuh ekstrem juga.. Aku panggil aktiviti ini aktiviti merayap tapi bukan aktiviti merayap di shoping complex ye kerana itu dah biasa kita dengar..
Aktiviti ini saya sebut sebagai aktiviti merayap di air deras.. Sy tak tahu jika ada org pernah buat sebelum ni tapi spenjang yg saya tahu ia kali pertama saya buat.
Aktiviti ini sangat mencabar stamina terutamanya bila berdepan air yang terlalu deras dan berbatu..
Kami memilih untuk merayap mengharungi air sungai yang deras dan syaratnya ialah tidak boleh berjalan atau keluarkan badan dari air melebihi paras pusat..
Memang seronok dan mencabar stamina kita...letihnya masih terasa sampai sekarang..badan terasa tegang dan sedikit sakit kerana berhadapan dgn batu2 besar terutama sekali bila meluncur turun..hempasan tubuh ke batu memang sangat nikmat dan mampu memecahkan lemak2 yang ada pd badan..
Oklah..mungkin ada sesiapa yang nak cuba tapi kalau mencuba aksi ini pastikan keselamatan laluan diambilkira dan sila dapatkan panduan dan nasihat dari yang pakar..
Sekian dulu catatan hari ini..dan esok sy akan kongsi untuk aktiviti panjat gunung kutu..


Note: yang paling best sekali ialah menikmati ayam bakar hasil resepi sendiri..

Wasalam..
Adiaz

Friday 18 February 2011

Nak kenali Orang

Salam Semua,
Saya suka melayari laman facebook kerana saya sangat suka membaca catatan yang ada dlm wall org.
Bila saya membuka laman FB saya bermacam2 catatan dan juga komen yang saya perolehi. Ada yang membuatkan sy sedih dan ada yang membuatkan saya tergelak.

Sebenarnya penulisan adalah salah satu daripada cara kita berkomunikasi, bila melibatkan komunikasi maka ada mesej yang kita nak sampaikan yang mana dalamnya terkandung maklumat tak kira secara jelas atau tersembunyi. Penulisan juga adalah salah satu dari luahan emosi seseorang kerana dari situ dapat ditafsirkan apakah tahap emosi seseorang itu..


Salah satu cara saya mengenali personaliti seseorang ialah melalui penulisan..saya cuba membaca peribadi melalui cara penulisan..luahan bahasa dan juga lontaran mesej yang ingin disampaikan..Daripada itu saya dapat membuat sedikit kesimpulan dari segi tahap emosi dan sifat perlakuan. Tak semestinya betul tapi tak semestinya salah.. sebabnya keberangkaliannya hanya 35% tepat..

So buat teman2 sekalian..ayat-ayat kita itu melambangkan diri kita..jadi berhati-hati dengan lontaran pena anda..

Salam
Adiaz..

Adiaz Suka ni - Yang Terindah

 
Yang Terindah
 
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Thursday 17 February 2011

Assalamualaikum, Salam hormat dan Salam Sejahtera

Hi Semua..
Blog ini adalah dunia Adiaz yang baru..Sebenarnya dah lama ingin mengujudkan diri dalam dunia blog tapi penasakti-adiaz belum mencapai tahap ilmu untuk berblog.
Syukur Alhamdulillah kerana kini penasakti-adiaz membolehkan saya untuk berkongsikan apa saja yang ada dlm minda unttuk diambil iktibar, pedoman dan pengajaran terutamanya untuk diri sendiri yang belum habis mencari makna kehidupan, mengenali diri dan juga mencapai tujuan hidup.

Penasakti-adiaz ini adalah medan untuk kita semua berkongsi tentang makna kehidupan yang sebenar melalui komen, perkongsian dan persefahaman...Di sini adalah kehidupan kita...disini kita berkongsi untuk mencari apa itu kehidupan..

Wasalam
Adiaz
penasakti-adiaz.com