Selamat Datang Ke Dunia Adiaz

Selamat Datang Ke Dunia Adiaz

Tuesday 31 May 2011

TENTANGMU..~

TENTANGMU..~
bergetar naluri tika sebaris kisah tentangmu terngiang lagi..
bergelodak tenang pabila namamu terucap kembali..
berdegup kencang deru nafasku tatkala suara hatimu terluah suci..
pada bayu kau luahkan rindumu untukku..
...pada angin kau sampaikan kasihmu buatku..
mengapa masih membara rasamu di keterpisahan ini..
mengapa kekal mngelora inginmu di keterbatasan ini..
sedang kusedari dirimu nyata miliknya..
sedang kumengerti dirimu pasti haknya..
tertunduk lesu mendengar jeritanmu..
terdiam kaku meresapi laungan batinmu..
kita rasai derita ini..
kita hadapi sengsara ini..
kerana kisahnya harus begini..
kerana jalannya telah berhenti..
dengan keyakinan kita masih percaya..
dengan keutuhan kita pasti merasa..
cinta kita tidak memiliki raga..
cinta kita tidak menyatu nyata..
namun hati kita telah merela..
membawa cinta sejati ke akhir nyawa..

Tuesday 12 April 2011

Maafkan Aku Wahai Cintaku

Maafkan aku wahai cintaku
bukan ku memaksa hadirnya dihati
tiba diwaktu hati terpaku menunggu
Perasaan yang telah lama diidami

Aku tak mampu menghalangnya
ketika ku tahu ia akan berliku
bukan ku tak cuba menepisnya
namun takdirnya tertulis di perjalanan hidupku

Aku cuba mencari rasa yang hilang
Tanpa sedar ada dalam cintamu
meski sekian lama cuba singgah dihati lain
namun rasa itu bukan disitu

Maafkan aku wahai cintaku
Ingin ku persembahkan tulusnya hati
mengharap cinta selembut salju
mungkin sukar dimengerti
ia sejati dan abadi

Ingin aku kasih cintamu
bertiup lembut damaikan hati
terasa hembusan anugerah kerinduan
syurga kasih janjinya hati
semoga ada jalan ketenangan mendakap cintamu sampai mati..

Saturday 9 April 2011

Dari Meja Kedai Mamak - Cerita Kehidupan

Assalamualaikum Dan Salam Hormat,


Kehidupan adalah pasti, kematian juga pasti apa yang tidak pasti ialah tentang bagaimanakah corak kehidupan kita..Perjalanan kehidupan itu sudah tertakdir, sudah ditetapkan namun demikian Allah Maha Pengasih dan Penyayang tetap memberi ruang dan peluang untuk kita sendiri membentuk kehidupan itu.
Hari ini aku menulis dari meja mamak setelah menempuh perjalanan melihat kehidupan dan keindahan alam. Perjalanan jauh memang meletihkan tetapi ia memberi banyak erti kerana kehidupan juga adalah satu perjalanan.
Alhamdulillah kerana Allah memberi aku kekuatan untuk mencari erti kehidupan melalui perjalanan dan Syukur juga kerana aku dapat mengerti akan kehidupan ini melalui perjalanan-perjalanan yang aku tempuhi.. Ia memberi banyak erti dan nikmat, ia memberi aku ruang untuk melihat masa depan dan juga hari-hari yang telah aku tinggalkan. Sesungguhnya dalam kehidupan ini banyak ruang dan peluang untuk diperbaiki, walaupun tidak menghampiri sempurna namun cukup untuk mematuhi syarat dan sifir kehidupan.
Kadangkala terfikir juga mencari satu formula untuk mengembalikan masa kerana telah banyak yang tersia-sia di kehidupan lalu. Namun ia pastinya mustahil kerana kehidupan akan terus berjalan sampai titik akhir nyawa dijasad. Bila sedar akan system kehidupan sebegini maka rasa insaf menebal dalam hati, kita sebenarnya ada ruang untuk memperbaiki hari esok dan juga seterusnya selagi kita sedar bahawa kita telah banyak kehilangan di kehidupan lalu..
Apa yang aku lalui hari ni adalah proses pembelajaran, proses menilai kehidupan, proses menginsafi diri.. Ini adalah cara untuk aku lebih dekat dgn diriku..cara aku untuk mencari ketenangan, cara untuk menjauhkan diri dari kesakitan-kesakitan yang menyiksa diri..Alam ini sebenarnya salah satu terapi minda dan jiwa jadi bila sesekali menempuh perjalanan jauh, carilah tempat terbaik untuk berhenti, lihat pada sekeliling dan lihat pada alam..Insya Allah ada sesuatu yang akan anda sedari benda yang takde dalam diri anda..

Ikhlas
Adiaz Jdin

Tuesday 29 March 2011

Cerita Aku dan Ketabahan

Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Lama tidak meluahkan apa2 dalam blog ini, terasa rindu pula untuk membicarakan sesuatu
Alhamdulillah kerana satu lagi jalan ketabahan telah kutempuhi mungkin biasa saja bagi org yang biasa namun luar biasa bagi sesiapa yang sanggup mencabar mental dan fizikal.
Percaya atau tidak, ramai antara kita ini tidak mampu untuk menghadapi kedua-dua cabaran itu dgn serentak kerana ada lumrah manusia yang sudah terbiasa dgn hanya cabaran mental dan disetiap harinya berdepan dengan cabaran mental..akhirnya fizikal menjadi lemah lalu tidak dapat menggabungkan kedua-dua elemen kehidupan ini.
Ramai yg berkata, untuk apa bersusah payah memenatkan diri melakukan aktiviti yang mencabar fizikal,
namun mereka tersilap menilai bagaimana fizikal dan mental saling memerlukan kekuatan untuk menjadikan hidup lebih mantap dan matang dalam mengharungi cabaran.
Apa yg membuat saya melakukan aktiviti lasak adalah untuk mencabar diri saya dan juga untuk mengetahui sejauh mana keupayaan diri bila melibatkan dua elemen ini. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan kepada saya dalam mengharungi perkara ini.
Dan Sekarang ini saya sudah dapat tahu dimana parasnya ketabahan saya ini dan ini menjadikan saya berani untuk menghadapi apa saja risiko yang datang.
Oklah cukup setakat ini celoteh sy.. sehingga bertemu lagi..

Wasalam

Ikhlas Adiaz...

Tuesday 22 March 2011

Semalam Di Puncak Cinta

Semalam di puncak cinta
mencari erti fantasi yang tercipta
mungkinkah ada ruang untuk kembali
pada ruang kasih yang tertinggal

Semalam aku di puncak cinta
melihat indahnya ketulusan hati
memberi ikhlas yang .... (arghh..no idea..will continue)

continue: memberi ikhlas yg ingin memiliki
agar dpt merasai..

Semalam di puncak cinta
aku sungguh bahagia
ingin ku kutip sisa-sisa cinta
agar ia akan menjadi lebih nyata

Semalam d puncak cinta
Ingin ku khabarkn pada semua
pd mereka di luar sana
agar menghargai apa tu CINTA

(kalau xbetul jgn marah k)...=)

Note: Credit to someone to give this idea..(Scha)

Ikhlas
Adiaz

Monday 21 March 2011

~Izinkan Aku~

Izinkan aku merinduimu Puteri
dalam alam nyata dan fantasi
biar aku bisikkan rasa kasih
agar aku tenang menikmati cinta

Ujud cinta tidak mengenal rasa
bertemu kita dialam nyata
kusulam kasih dialam fantasi
ku berdoa agar takdir menjelmakan ia
di alam nyata bertaut kasih

kusulam bait-bait cinta
dialam nyata mengasihi
dialam fantasi yang diilusi
mengharap takdir menyebelahi diri
agar kasih putera bertaut dihati puteri
menjejaki bahagia di depan mata...
Sesungguhnya kasih ini bertakhta
dihati nyata dan dihati fantasi
ku simpan cinta kasih buatmu puteri
mengharap redha Illahi untuk tunaikannya

Ku tahu ini tertakdir
namun ku yakin ada kasihku padanya
tersimpan harap disiang malamku
tertutur suda kata
tergetar hati menahan rindu
alam fantasi memberi ilham
semoga ada ketika
izinkan aku mencintainya..


Ikhlas
Adiaz..

Friday 18 March 2011

Sabar Dan Bersangka Baik..

Assalamualaikum dan Salam hormat,
Bertemu kembali dalam ruangan ini, suda seminggu saya tidak mencoretkan apa-apa disebabkan kesibukan dan juga mencari ruang untuk menyerap segala tekanan. Alhamdulillah hari ini saya terus diberikan kekuatan untuk terus mencoret, meluahkan apa yang ada dalam hati dan minda.
Kebelakangan ini saya diasak dengan pelbagai tekanan, tak perlulah saya sebutkan satu persatu namun sebagai manusia memang adakala tahap ketahanan mental itu ada batasannya. Namun demikian, apa yang penting dalam keadaan macam ini adalah bagaimana pengurusan tekanan itu agar memandu kita ke jalan-yang betul-betul mendamaikan kita.
Situasi seperti ini hendaklah ada kawalan kendiri dan disinilah pentingnya peranan sabar dan bersangka baik.
Alhamdulillah, dengan adanya sikap sabar dan bersangka baik ini saya dapat menghindari emosi dari membimbing saya melakukan perkara yang tidak baik atau merugikan diri sendiri.
Sabar telah membawa ketenangan diri saya dan bersangka baik pula ialah keredhaan saya terhadap apa yang saya hadapi dalam kehidupan ini. Semua sumber ini kembali pada kekuasaan Allah kerana kehidupan saya ini sepenuhnya ditangan Allah.. Apa saja yang berlaku tidak kira baik atau buruk adalah anugerah Allah dalam kehidupan..Dengan baik dan buruk itulah kehidupan kita diuji..dengan baik dan buruk itulah kita mengenal diri..dengan baik dan buruk itulah kita akan kembali kepada Allah..

Sekian

Ikhlas Adiaz..