Selamat Datang Ke Dunia Adiaz

Selamat Datang Ke Dunia Adiaz

Tuesday 29 March 2011

Cerita Aku dan Ketabahan

Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Lama tidak meluahkan apa2 dalam blog ini, terasa rindu pula untuk membicarakan sesuatu
Alhamdulillah kerana satu lagi jalan ketabahan telah kutempuhi mungkin biasa saja bagi org yang biasa namun luar biasa bagi sesiapa yang sanggup mencabar mental dan fizikal.
Percaya atau tidak, ramai antara kita ini tidak mampu untuk menghadapi kedua-dua cabaran itu dgn serentak kerana ada lumrah manusia yang sudah terbiasa dgn hanya cabaran mental dan disetiap harinya berdepan dengan cabaran mental..akhirnya fizikal menjadi lemah lalu tidak dapat menggabungkan kedua-dua elemen kehidupan ini.
Ramai yg berkata, untuk apa bersusah payah memenatkan diri melakukan aktiviti yang mencabar fizikal,
namun mereka tersilap menilai bagaimana fizikal dan mental saling memerlukan kekuatan untuk menjadikan hidup lebih mantap dan matang dalam mengharungi cabaran.
Apa yg membuat saya melakukan aktiviti lasak adalah untuk mencabar diri saya dan juga untuk mengetahui sejauh mana keupayaan diri bila melibatkan dua elemen ini. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan kepada saya dalam mengharungi perkara ini.
Dan Sekarang ini saya sudah dapat tahu dimana parasnya ketabahan saya ini dan ini menjadikan saya berani untuk menghadapi apa saja risiko yang datang.
Oklah cukup setakat ini celoteh sy.. sehingga bertemu lagi..

Wasalam

Ikhlas Adiaz...

Tuesday 22 March 2011

Semalam Di Puncak Cinta

Semalam di puncak cinta
mencari erti fantasi yang tercipta
mungkinkah ada ruang untuk kembali
pada ruang kasih yang tertinggal

Semalam aku di puncak cinta
melihat indahnya ketulusan hati
memberi ikhlas yang .... (arghh..no idea..will continue)

continue: memberi ikhlas yg ingin memiliki
agar dpt merasai..

Semalam di puncak cinta
aku sungguh bahagia
ingin ku kutip sisa-sisa cinta
agar ia akan menjadi lebih nyata

Semalam d puncak cinta
Ingin ku khabarkn pada semua
pd mereka di luar sana
agar menghargai apa tu CINTA

(kalau xbetul jgn marah k)...=)

Note: Credit to someone to give this idea..(Scha)

Ikhlas
Adiaz

Monday 21 March 2011

~Izinkan Aku~

Izinkan aku merinduimu Puteri
dalam alam nyata dan fantasi
biar aku bisikkan rasa kasih
agar aku tenang menikmati cinta

Ujud cinta tidak mengenal rasa
bertemu kita dialam nyata
kusulam kasih dialam fantasi
ku berdoa agar takdir menjelmakan ia
di alam nyata bertaut kasih

kusulam bait-bait cinta
dialam nyata mengasihi
dialam fantasi yang diilusi
mengharap takdir menyebelahi diri
agar kasih putera bertaut dihati puteri
menjejaki bahagia di depan mata...
Sesungguhnya kasih ini bertakhta
dihati nyata dan dihati fantasi
ku simpan cinta kasih buatmu puteri
mengharap redha Illahi untuk tunaikannya

Ku tahu ini tertakdir
namun ku yakin ada kasihku padanya
tersimpan harap disiang malamku
tertutur suda kata
tergetar hati menahan rindu
alam fantasi memberi ilham
semoga ada ketika
izinkan aku mencintainya..


Ikhlas
Adiaz..

Friday 18 March 2011

Sabar Dan Bersangka Baik..

Assalamualaikum dan Salam hormat,
Bertemu kembali dalam ruangan ini, suda seminggu saya tidak mencoretkan apa-apa disebabkan kesibukan dan juga mencari ruang untuk menyerap segala tekanan. Alhamdulillah hari ini saya terus diberikan kekuatan untuk terus mencoret, meluahkan apa yang ada dalam hati dan minda.
Kebelakangan ini saya diasak dengan pelbagai tekanan, tak perlulah saya sebutkan satu persatu namun sebagai manusia memang adakala tahap ketahanan mental itu ada batasannya. Namun demikian, apa yang penting dalam keadaan macam ini adalah bagaimana pengurusan tekanan itu agar memandu kita ke jalan-yang betul-betul mendamaikan kita.
Situasi seperti ini hendaklah ada kawalan kendiri dan disinilah pentingnya peranan sabar dan bersangka baik.
Alhamdulillah, dengan adanya sikap sabar dan bersangka baik ini saya dapat menghindari emosi dari membimbing saya melakukan perkara yang tidak baik atau merugikan diri sendiri.
Sabar telah membawa ketenangan diri saya dan bersangka baik pula ialah keredhaan saya terhadap apa yang saya hadapi dalam kehidupan ini. Semua sumber ini kembali pada kekuasaan Allah kerana kehidupan saya ini sepenuhnya ditangan Allah.. Apa saja yang berlaku tidak kira baik atau buruk adalah anugerah Allah dalam kehidupan..Dengan baik dan buruk itulah kehidupan kita diuji..dengan baik dan buruk itulah kita mengenal diri..dengan baik dan buruk itulah kita akan kembali kepada Allah..

Sekian

Ikhlas Adiaz..

Thursday 10 March 2011

Kerana Cintanya aku padamu

Kerana Cintanya aku padamu
Kerana aku pernah terluka dalam cinta
hati terusik lalu menutup lorong cinta
menghangatkan benci pada cinta dan wanita
tanpa sedar keduanya adalah anugerah terindah
menjadikan kehidupan itu menghampiri sempurna
kerana cinta aku membenci
kerana cinta aku mengasihi
kerana cinta juga aku mengerti

Kau adalah anugerah terindah dari Tuhan
hadir bersama kasih yang pernah terbuang
menyirami hangatnya kebencian
perlahan-lahan menjadi satu getaran
melembutkan hati yang kehangatan
bersatu secara perlahan
tanpa sedari ia telah hampir sempurna
menyatu dalam kasih dan sayang
kepada Tuhan dan kerana Tuhan

kau adalah cinta yang tidak ketahuan
tidak disedari dan tanpa diidami
kau adalah bisikan kasih Tuhan
untuk melembutkan jiwa ketandusan

jiwa yang pernah retak
jiwa yang pernah membenci
jiwa yang pernah mendendami

Kerana aku cinta padamu
ku tolak kesakitan lalu
tak mampu aku untuk menahan
getaran kasih tuhan dalam cintamu
ku redha ia dalam hatiku
Menjadi satu perjalanan


Kerana aku cinta padamu
ku lukiskan wajahmu disegenap hatiku
agar ada tanda dalam jiwa
bahawa aku sudah terima gelora cinta ini
menjadi satu kehidupan
yang harus aku sempurnakan
agar ia menjadi satu..
kekal dan abadi...


kerana aku cinta padamu
kerana aku cinta padamu
kerana aku cinta padamu

relalah hatiku menjadi milikmu
relalah aku mengusir dendam dan kesakitan
dan untukmu
akan kuhadiahkan sebuah cinta
yang tak pernah terberi dan tak pernah termiliki
dengan restu Allah Maha Penyayang
Redhalah aku untuk mencintaimu..

Apa Ertinya Seorang Ketua

Assalamualaikum Dan Salam Hormat,
Hari ini fikiran sy sedikit bercelaru terkenangkan permasalahan kumpulan saya.
Mereka tidak banyak menimbulkan masalah namun seringkali dipandang enteng oleh sebahagian yang lain.
Mereka mengharapkan profesionalisme namun apa yang ada tidak membantu mereka untuk menjadi profesional.
Ketua adalah pembela bagi satu kumpulan, pemberi semangat dikala hampir berputus asa, menghargai pencapaian dan berkongsi segalanya. Menjadi ketua tidak semestinya anda berkuasa dan boleh berbuat apa saja, menjadi ketua bermakna anda memikul tanggungjawap bukan saja terhadap diri anda namun terhadap kebajikan mereka. Segala harapan dan kekuatan tunjangnya adalah ketua.
Namun demikian, saya keliru samada tindakan saya hari ini melambangkan saya seorang ketua yang baik ataupun ketua yang tidak berguna..Sy serahkan hidup saya kepada Allah, apa yang terjadi adalah takdirnya yang mungkin ada hikmah.. Insya Allah, seperti sebelumnya, saya akan tetap tabah menempuh badai..sekurang-kurangnya Allah telah memberi saya nikmat untuk merasai kehidupan ini..

Ikhlas
Adiaz Jdin

Wednesday 9 March 2011

"Bagaimanalah cara untuk kita dapat melupakan bekas kekasih kita?”

Bagaimanalah cara untuk kita dapat melupakan bekas kekasih kita?”

First of all kita harus tanya adakah dengan melupakan dia, kita akan bahagia? Tidak kecewa lagi? Truth is, he/she is not the problem. The problem is kita! Kita yang membuat keputusan untuk memilih kebahagiaan atau sebaliknya.

Sebelum I beri 10 cara melupakan your ex, Sedikit coretan dari article setahun yang lepas bertajuk, my “Ex Cinta” : :-

I selalu treasure my feelings for them. I selalu embrace my good times with them. Sometimes, I duduk sorang-sorang kat my condo balcony, I ingat balik kenangan-kenangan terindah….places that we went together…. things that we did bersama…best! It keeps me going… Tak semestinya I nak kat dia balik… tetapi, bagi I mengenangkan saat-saat manis bersama my ex’s, ia membuatkan I rasa I ni adalah orang yang sangat bertuah. I pernah melalui saat yang terhebat dalam hidup I…saat yang menggembirakan. Why must I lupakan? I love the feelings…I use to love her…

Yes, dia tinggalkan I, Yes…dia curang, dia ada balak lain, dia nak break, dia tak boleh terima I yang lower standard dari dia masa tu, and yesss… I tidak berjaya lagi di kala itu dan dia mahu kan lelaki yang lebih berjaya. Well fine!

    But to me, Thats not enough reason for me to hate or to forget my ex’s. I boleh biarkan… I boleh terima, walau pun sakit di hati. Meronta di jiwa…geram dan terkecewa, BUT I had a good times, I pernah dapat rasakan betapa mereka sayangkan I, dapat rasa cinta mereka…so to me, I will never forget my ex’s! Boleh nak lupa jika mahu…but buat apa?!

And you know what…dengan cara terus menghargai saat-saat indah bersama ex’s, dan dalam masa yang sama mahu mengalaminya dengan lebih hebat lagi bersama cinta yang baru, ianya membuatkan I merasa cinta yang baru jauh lebih hebat, dan tanpa I sedari kisah-kisah cinta lalu…segala kenangan manis bersama ex girlfriend semuanya perlahan-lahan menjadi hanya tinggal kenangan…masih ingat, tetapi tanpa rasa cinta.

I guess that’s the secret of how to forget your ex’s …

    The more you think and accept the past has gone with the greatest time of all, the more you forget and redeem yourself to be better!

“As for me, I still love the old moment but my time with my real love now is beyond better, more loving and so much beautiful!”

Boleh follow ke cara ni hehehe… Masih berkawan dengan my ex’s TANPA memikirkan feelings, just purely friend. Tahan dan sabar tengok dia dengan cinta barunya… boleh? Kalau tak boleh jangan buatlah… nanti lagi merana. Like me, I’m strong kuat iman hahaha…

  • So for those yang nak melupakan kekasih yang berkali-kali menduakan kita, curang dan curang lagi, yang telah menghancurkan hati dan jiwa kita. For those yang nak menghindarkan dari duk teringat-ingat kat your ex’s hingga memberi kesan buruk pada kehidupan anda hari ini, ini ada beberapa cara penting untuk anda lakukan…

  • Before that, I nak cakap, “Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun kita cintai, sayangi dan amat kasihi, mestilah lagi susah!”

But kita boleh cuba… Okay, First sekali kita kena bersedia, READY TO LEAVE EVERYTHING BEHIND! - are you ready? If not ready, then boleh berhenti membaca sekarang hehe…

Ini untuk orang yang bersedia untuk melakukan MAJOR changes! Perubahan besar dan drastik, Ready?

  1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE SEKARANG! Delete semua nombor dia.
  2. Removed and block his FB account now!
  3. Stop visiting his blog, his wall, his pages, his sites, he’s depan rumah, he’s jalan, he’s lepaks place, STOP IT!
  4. Stop asking about him, ni asal jumpa kawan dia je, “Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!
  5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara berhubung dengannya.
  6. Stop calling, stop smsing, stop contacting dia …no last call, stop everything for good!
  7. Kalau boleh, buang apa-apa saja yang boleh mengingatkan dia.
  8. Delete lagu-lagu dan movie cd’s yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh you mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tetapi BUANG!
  9. Lose everything, every single thing hingga tiada cara nak trace balik lagi.
  10. Okay, yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. From your heart dengan tulus dan ihklas, maafkan dia… biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, it’s okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada berbagai-bagai cara lagi untuk melupakan bekas kekasih anda, tetapi Masalah yang anda hadapi sebenarnya,

Anda tidak boleh melupakan cinta lama ni adalah kerana anda masih dwell to the past, sengaja mengingati kisah dulu-dulu, masih duk khayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu …kalau macam tu sampai bila-bila lah you tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri anda, percaya kepada Allah yang anda akan bertemu dengan jodoh anda yang sebenar-benarnya, soon! Mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat anda untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai san sangat sayangkan anda dunia akhirat!

Really hope it helps, and I wish you all the best and good luck!

Cinta 30 Hari : Feel it and Learn It

Assalamualaikum Dan Salam Hormat,
Tajuk diatas memang tersangat gila tetapi apakah anda pernah merasakan cinta sedemikian atau berfikir untuk melakukan perkara sedemikian.
Saya ada simpan cerita pasal kisah cinta ini dan cerita itu penuh dengan mesej yang memang boleh dipelajari. Sangat menarik untuk dihayati.
Tetapi saya percaya, tiada siapa yang mahukan cinta sebegini kerana setiap orang mendambakan cinta yang sejati dan kekal. Tetapi adalah tidak buat mereka-mereka yang sukar untuk bercinta ataupun sukar untuk mendapat pasangan mencuba situasi ini. Manalah tahu kan bila feel dah ada dapatlah bertemu jodoh ataupun setidak-tidaknya belajar dari pengalaman cinta tersebut.


Ikhlas
*** ADIAZ JDIN ***

Salam Ketabahan

Assalamualaikum dan Salam hormat Semua,
Hari ni tersangat letih dan mengantuk, habis meeting je saya rileks dlm kereta dan kemudiannya saya terlelap.
Alhamdulillah dapatlah sy berehat seketika sebelum balik semula ke office. Sy buka facebook saya dan saya mula melayari satu persatu catatan dalam wall saya. Ini adalah salah satu terapi minda saya kerana saya dpt melihat dunia rakan2 saya melalui catatan mereka.
Tiada apa yang perlu dikongsikan malam ini cuma terasa rindu dengan seseorang yang bukan milik saya.
Apa pun kehidupan telah terbentang dihadapan saya, mahu tak mahu saya tetap kena lalui. Terpulanglah pada Allah untuk mengaturkan segalaNYA dan sebagai makhluknya saya tetap bersedia menghadapi apa saja yang ada dihadapan saya. Sesuai dengan ayat yang selalu saya sebutkan "feel it and learn it".
Oh ya, satu perkara lagi yang membuatkan saya terasa sangat sedih bila ada orang yang terlalu takut menghadapi masa depan disebabkan pengalaman lalu. Saya tidak bersetuju dengan cara ini kerana ketakutan inilah yang akan membelenggu emosi seterusnya menghalang kita menikmati kehidupan. Ketakutan ini adalah pembunuh utama manusia sebelum ajal menemuinya. Simpati saya terhadap mereka2 yang mengalami sindrom ini kerana orang-orang inilah yang akan sentiasa bermain dengan emosi.Sebenarnya tiada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit ini melainkan diluahkan pada orang yang bertepatan.

Oklah, otak saya terlalu letih..ini saja yang dapat dikongsikan buat masa ini. Insya Allah jika diberi ilham saya akan menulis lagi.

Salam hormat, Salam ketabahan,
Adiaz Jdin

Tuesday 8 March 2011

WANITA pada apa yg dipandang.....?

Pertama sekali saya memohon maaf sebab Tajuk ini saya copy cat daripada seseorang. Saya tertarik dengan tajuk ini kerana ia mengambarkan luahan hati seorang wanita.. Bersempena dengan hari wanita sedunia yang disambut pada hari ini, jom kita meneroka tajuk diatas dari sudut pandang seorang lelaki.
Ok saya rasa biarlah saya bermula dulu dari sudut hakikat kewujudan wanita dalam dunia lelaki.
Dengan penciptaan Nabi Adam maka Lelaki adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah dimuka bumi ini, diberikan nikmat syurga yang indah dan kedudukan yang amat mulia. Namun demikian, dalam diri Nabi Adam itu masih terdapat ruang kosong yang menyebabkan baginda diselubungi kesunyian dan kesepian. Allah Yang Maha mengetahui telah melihat kesepian yang membelenggu diri makhluk ciptaanNYA, maka diciptakan Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam untuk menemani dan menghiburkan baginda. Hiduplah Adam dan Hawa ini dalam syurga yang indah diliputi kebahagiaan. Inilah hakikat sudut pandang seorang lelaki yang mulia.
Namun demikian, sesuai dengan perubahan zaman dan juga janji iblis laknatullah untuk mengugat kehidupan umat manusia maka sudut pandang ini telah berubah. Iblis dan anak2 buahnya telah mengubah persepsi ini daripada sebagai pelengkap hidup, wanita telah menjadi satu lambang yang boleh mengugat keimanan dan dieskploitasi menjadi penggugat keharmonian kehidupan. Nabi sendiri telah mengingatkan kita tentang perkara ini maka ditinggalkan umatnya dengan panduan ini ;-
Wanita dinikahi karena empat hal: karena hartanya, karena kedudukannya, kecantikannya dan karena dien (agama)-nya; maka pilihlah yang memiliki dien maka engkau akan beruntung.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Daripada ini maka dapat dilihat sudut pandangan orang lelaki pada wanita itu tidak lari dari harta, kedudukan dan kecantikan. Dan iblis telah mengeksploitasikan naluri kelelakian org lelaki untuk lebih melihat pada 3 perkara ini.Naluri lelaki lebih terdorong melihat kecantikan wanita sebagai kriteria utama pilihan mereka, kemudian didorong oleh nafsu seksual dan kedudukan serta harta.
Kesimpulannya, dalam dunia sekarang ini pandangan seorang lelaki lebih kepada kecantikan, harta dan kedudukan, sukar untuk mencari lelaki yang melihat dien nya seorang wanita. Sangat sukar untuk mendapatkan lelaki yang betul - betul memandang kasih sayang dan kejujuran seorang wanita sebagai benteng kebahagiaan dunia dan akhirat.
Alangkah indahnya jika manusia kembali kepada hakikat kewujudannya wanita itu. Yang memenuhi kasih sayang dan kesepian...yang menemankan disaat kesunyian.. Demi Allah.. Wanita itu adalah ciptaan terindah dalam kehidupan seorang lelaki. Bersyukurlah siapa yang memperolehi kasih sayang yang ikhlas dari seorang lelaki..

Note: Sekadar pandangan peribadi. Segala yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri dan yang baik itu hanyalah ilham Allah yang saya pinjam. Semoga kita tergolong dalam golongan yang berbahagia.. Amin.

Wasalam
Adiaz Jdin

**** Dedikasi untuk Pemilik tajuk diatas yang telah memberi saya sumber ilham untuk menulis***

DIA Memberikan Kita Sejarah

Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Hari ini Adiaz terlalu letih, kesibukan menguruskan kerja-kerja di pejabat menyebabkan mental jadi lesu.
Apa pun itu adalah lumrah kehidupan, kesibukan itu adalah amanah bukan untuk tauke kita tapi lebih kepada diri kita sendiri. Bila pekerjaan yang kita lakukan dengan falsafah amanah ini maka kita akan mengecapi nikmatnya kehidupan.
Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga kerana pada saat2 macam begini, saya diberi kesempatan untuk mengimbau kembali semua masa yang tertinggal. Minda saya merangka semula sisi kehidupan yang bermula dari adanya memori sehinggalah saat saya menulis ini. Bila diimbau semua itu ternyatalah nikmat Allah ini sungguh luas. DIA memberikan kita sejarah untuk kita memulakan semula kehidupan, mengajar kita berfikir tentang erti hidup, membari gambaran pada kita tentang betapa kita ini satu makhluk yang terpilih untuk menjadi khalifah.
Sesungguhnya masa silam itu adalah kenangan dan pengajaran. Yang sedih, yang gembira, yang duka dan yang bahagia itu adalah nikmat dan rahmat kehidupan. Segala kesilapan dan kebaikan tetap menjadi benteng teguh untuk kita berjalan lagi di permukaan bumi Allah ini.Subhana Allah.. Maha Suci Allah.

**** 

Ikhlas
Adiaz Jdin

Monday 7 March 2011

Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi

Firman Allah-Rabul Izzah dalam surah Al-A'raf ayat 172:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172)
 
 
Segala puji bagi Allah, yang tetap memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada manusia, yang sentiasa melebarkan keampunanNYA diseluruh pelusuk bumi ini. Yang tetap mengasihi dan mengasihani sekalipun manusia telah melanggar kontrak hidup. Maha Besar Engkau wahai Tuhan kami.

Masa Yang Tertinggal : Yang Dihadapi Bukan Untuk Ditangisi

Masa Yang Tertinggal : Yang Dihadapi Bukan Untuk Ditakuti
Allahu Akbar, Masa itu sentiasa meninggalkan dan menghampiri kita.
Meninggalkan kita dengan segala rasa kemanusiaan dan menghampirkan kita pada janji hidup
Segala rasa sedih, pedih, gembira, dikasihi, disayangi, dilukai, dikecewa adalah warna-warna masa yang menghiasi perjalanan kita.. Ini adalah takdir keindahan ciptaan Allah bagi mereka-mereka yang tahu ertinya nikmat hidup.Itulah masa yang tertinggal, masa yang mustahil untuk kita memasukinya semula.
Hari ini,dikebanyakan hari kehidupan kita ini akan ada kebosanan dan kemurungan. Di masa ini jika kita tidak berbuat sesuatu yang bermanfaat, fikiran kita akan melayang dan mula berkhayal akan perkara silam yang segala yang buruk, yang segala kecewa dan yang segala derita. Dan ini pasti sahaja mengundang ketakutan akan masa hadapan.
Tanpa sedari kita akan dihambat ketakutan yang menghimpit kita pada kesunyian dan bila kita tiada kesedaran maka hiduplah kita dengan segala rasa yang membawa kearah kerugian..Alangkah ruginya kerana menjadikan apa yang dihadapi itu satu ketakutan.
Masa yang tertinggal, itulah pengajaran dan panduan untuk manusia.. Yang dihadapi bukanlah untuk ditangisi selagi kita mengambil iktibar dari masa yang tertinggal. hargailah apa yang dihadapi. Sentiasa ingat kita ini ada kontrak dengan Allah dan kontrak kita itu terikat dengan ini “Alastu birabbikum? Qalu bala syahidna” ..
Harapan kita adalah Masa yang tertinggal itulah pendidikan terbaik dan masa yang dihadapi itulah buku hidup  yang perlu diisi dengan sewajarnya..

Sekian
Adiaz..

Sunday 6 March 2011

Yang indah Itu Tidak Semestinya Milik Kita

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Apa khabar hari anda, harap semuanya bagus- bagus saja. Cuti dua  hari ini terasa terlalu cepat berlalu, penat bekerja seminggu masih tak hilang lg kemudian kena kerja lagi.
Oh ya..semenjak dua menjak ni hidup terasa diisi dengan keindahan.. Tak pasti apa yang telah mengindahkan hidup saya namun memang yang terbaek..
Salah satunya ialah sy mendapat kawan baru..yang rambutnya sangat cantik..punya nama yang cantik..
Dalam diam sy menyertai perkembangan hidupnya..oh memang indah..
Itu cerita pasal keindahan..yang mana memang mengasyikkan..memang mengindahkan..
tapi Yang indah itu tidak semestinya menjadi milik kita.. ia boleh jadi anugerah yang singgah sekejap saja dlm kehidupan kita..yang kadangkala kita nikmati sebentar saja..
Oleh kerana indah itu tidak semestinya menjadi milik kita maka kita perlu hargainya dengan sepenuhnya..
agar bila ia berlalu pergi ada kenangan keindahan yang terpahat dalam hati kita.
Manusia memang menginginkan keindahan tapi selalu terlupa yang keindahan itu tidak semestinya menjadi milik mereka..sebab itu ramai yang terlepas peluang untk menikmati keindahan itu seikhlasnya..

Ikhlas
Adiaz Jdin

Tuesday 1 March 2011

Permintaan "Dara"

Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Dah lama saya tak menulis dan hari ni masa driving terfikir idea untuk menulis pasal tajuk diatas.
Sebelum saya menghurai serba sedikit pasal tajuk ni, izinkan saya untuk meceritakan betapa minatnya saya dalam bidang penulisan ini.
Sejak kecil saya rasa teruja untuk mencurahkan pandangan dan idea serta kreativiti sy dalam bentuk penulisan.. dan rasanya saya membesar dengan ilusi, fantasi, fantasi dan sedikit psikologi dalaman. Saya dewasa pula dengan pandangan yang berkonsepkan persekitara, mentafsir kehidupan melalui pengalaman sendiri atau pengalaman org lain.
Oklah, cukup mengenai diri saya..sebab apa yang sy nak sampaikan disini ialah mengenai tajuk diatas.
Permintaan "Dara" ini mungkin sesuai jadi novel dan jika kreatif lagi boleh dijadikan drama.
Apa yang saya cuba sampaikan disini ialah mengenai kisah seorang lelaki yang telah berkahwin tapi tidak dapat menikmati dara isterinya kerana dara itu telah dimiliki oleh lelaki lain sebelum mereka bernikah..
Lelaki ini terlalu sayang dan setia terhadap isterinya namun diselaputi oleh kekecewaan yang mendalam.
Kekecewaan inilah yang telah membawa konflik dalam kehidupan lelaki tersebut dan membawa kepada pelbagai lagi konflik sehingga membawa lelaki tersebut kearah permintaan "dara". Namun demikian ia tidak semudah itu mendapatkannya kerana lelaki ini terlalu setia, cinta dan sayangkan isterinya.
Permintaan ini juga telah membawa dendam dihati lelaki itu (tindakan dirahsiakan untuk lebih suspend).

Hurm..rasanya tidaklah terlalu menarik tapi mungkin berlaku dalam kehidupan kita seharian.So, saya cuba mengembangkan kreativiti agar perkara ini dikongsikan bersama.

Sebelum mengakhiri coretan ini, sy terpanggil untuk meluahkan rasa benci saya terhadap sebarang demonstrasi..lebih2 lagi demonstrasi yang melibatkan keganasan. Saya menolak pemimpin yang suka mengamalkan perkara ini...

Salam
Adiaz