Selamat Datang Ke Dunia Adiaz

Selamat Datang Ke Dunia Adiaz

Saturday 9 April 2011

Dari Meja Kedai Mamak - Cerita Kehidupan

Assalamualaikum Dan Salam Hormat,


Kehidupan adalah pasti, kematian juga pasti apa yang tidak pasti ialah tentang bagaimanakah corak kehidupan kita..Perjalanan kehidupan itu sudah tertakdir, sudah ditetapkan namun demikian Allah Maha Pengasih dan Penyayang tetap memberi ruang dan peluang untuk kita sendiri membentuk kehidupan itu.
Hari ini aku menulis dari meja mamak setelah menempuh perjalanan melihat kehidupan dan keindahan alam. Perjalanan jauh memang meletihkan tetapi ia memberi banyak erti kerana kehidupan juga adalah satu perjalanan.
Alhamdulillah kerana Allah memberi aku kekuatan untuk mencari erti kehidupan melalui perjalanan dan Syukur juga kerana aku dapat mengerti akan kehidupan ini melalui perjalanan-perjalanan yang aku tempuhi.. Ia memberi banyak erti dan nikmat, ia memberi aku ruang untuk melihat masa depan dan juga hari-hari yang telah aku tinggalkan. Sesungguhnya dalam kehidupan ini banyak ruang dan peluang untuk diperbaiki, walaupun tidak menghampiri sempurna namun cukup untuk mematuhi syarat dan sifir kehidupan.
Kadangkala terfikir juga mencari satu formula untuk mengembalikan masa kerana telah banyak yang tersia-sia di kehidupan lalu. Namun ia pastinya mustahil kerana kehidupan akan terus berjalan sampai titik akhir nyawa dijasad. Bila sedar akan system kehidupan sebegini maka rasa insaf menebal dalam hati, kita sebenarnya ada ruang untuk memperbaiki hari esok dan juga seterusnya selagi kita sedar bahawa kita telah banyak kehilangan di kehidupan lalu..
Apa yang aku lalui hari ni adalah proses pembelajaran, proses menilai kehidupan, proses menginsafi diri.. Ini adalah cara untuk aku lebih dekat dgn diriku..cara aku untuk mencari ketenangan, cara untuk menjauhkan diri dari kesakitan-kesakitan yang menyiksa diri..Alam ini sebenarnya salah satu terapi minda dan jiwa jadi bila sesekali menempuh perjalanan jauh, carilah tempat terbaik untuk berhenti, lihat pada sekeliling dan lihat pada alam..Insya Allah ada sesuatu yang akan anda sedari benda yang takde dalam diri anda..

Ikhlas
Adiaz Jdin

No comments:

Post a Comment